~ DISINI SEMUANYA ~
Bila jatuh tersungkur, aku bangun..tapi itu semalam..kini aku mampu berlari mencapai awan, nyata pelangi itu sangat INDAH~
Thursday, January 26, 2012
saya ada kawan baru!!!
Friday, November 18, 2011
Happy 2nd Wedding Anniversary!!!
Buat suamiku..
*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.
*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.
*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak biasa dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..
*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan Master Chef yg aku selalu tonton setiap sabtu - rabu, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera meratah setiap air tanganku.
*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..
*Suamiku, aku bangga mengandungkan dan melahirkan zuriatmu, dapat kurasakan seolah2 nadiku bersatu dengan nadi mu di saat dia membesar dalam rahimku, inilah hadiah terindah dariku untuk mu, tp..jangan pula kerana anugerah ini, kau menjauh, janganlah menyisihkan aku dan janganlah pula kau sia-siakan kami..kasihilah kami dan kasihanilah kami seadanya kerana hanya kau tempat kami bernaung.
*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.
*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..
*Suamiku, aku isteri yang di ciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..
*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.
*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..
*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda..jangan pernah lupakan aku di rumah yang sentiasa menantimu.
*Suamiku, mungkin juga aku bukan tercipta dari tulang rusukmu, mungkin juga jodoh kita tidak berpanjangan…namun aku harap kau ingat bahawa suatu masa dahulu, engkaulah syurga ku, yang pernah aku saying dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..
*Suamiku, mungkin ditakdirkan aku pergi dulu darimu…aku pinta agar kau bisa memaafkan segala dosaku, halalkan segala makan minumku, dan bilaku tiada, janganlah pula kau lupa untuk sedekahkan AL-FATIHAH dan doa untukku..kau besarkanlah zuriat kita seadanya dan jangan pula kau abaikan dia..janganlah kau selalu buat dia menangis dan cubalah mengerti hatinya yang tidak punyai ibu untuk bermanja. Janganlah juga kau tangisi pemergianku selama-lamanya..kau berhak di cintai oleh insan yang selain dariku kerana aku tahu, hatimu penuh dengan kasih sayang..
Terima kasih suamiku Mohd Firdaus B. Mohd Ibrahim…
Thursday, October 20, 2011
Semoga Irfan Cepat Sembuh..
dipendekkan cerita..akak dgn suami sampai di KLINIK MESRA, Pinggiran Batu Caves..nama je MESRA..tp x mesra gak..kenapa ahkak ckp mcm tu??? ada sorg patient ni, dh sakit nk bersalin sgt2..xde sorg pn dr staff dia yg amik port..berboraklah, main telefon la.. sikit pn x hirau patient tu yg tgh menyeringai sakit..geram je rasa hati ni.. OK lah, tolak tepi bab tu..dipendekkan cerita..doktor cakp irfan ada jangkitan dlm perut..hurm..mana x nye..pntang nampak brg kt lantai..kutip, pastu msuk mulut..mcmna le xde kuman dlm perut..
semalam akak n suami x tidur nyenyak sbb jaga irfan.dlm tgh tdur pn dia boleh muntah, lpas tu tidor balik..kelakar pn ada..tp lebih kepada kesian.. Bonda harap irfan sembuh yer ari ni sayang..bonda risau sgt2 ni...
Wednesday, October 12, 2011
Bila Mau KURUS????
HELP..HELP..HELP...
Nampak x apa yg kt ats tu??? adoyai..ahkak pn dh x tau nk wat pe dek non oi,...sat2 dia turun..sat2 dia naik..sat2 dia naik x turun2..letih ahkak...
sejak melahirkan irfan, badan akak ni dok kembang setaman je ni...bila tnya en suami dia kata xdelah gemuk sangat..( eleh, saja la tu nk amik hati akak ni)...
Member akak ada sarankan pakai Premium Beatiful tu... ala corset keluaran Hi-O marketing tu..kt bawah ni pic corset tu..
tapi harga dia RM 2400 paling murah..ARGHHH...terus semput akak jadi balik dgr harga dia..kawan akak ckp blh byr ansur2...Maaflah dik non, akak klu blh xnak hutang2 ni... harus dapat mimpi mcm iklan PTPTN tu..
Jalan punya jalan tadi, akak ada nampak 10 Tips ringkas utk merealisasikan matmalamat akak tu...
Sebagai contoh:Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)Minum petang (3.30 - 4.00 petang)Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz1aY8aU0ld
Hurm..nampak mcm senang..tp x tau le boleh ke idok nk wat.. Semoga berjaya Pn Moon..
<----- rindu zaman KURUS..( ni pic masa di awal perkahwinan )...uwaaaa....